Monday, May 17, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT

    RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


VIDEO SETEMPAT

Assalamualaikum dan hai semua, terima kasih kerana sudi buka dan baca blog Una. Pertama sekali Una ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Memandangkan raya kali ini kita beraya dalam suasana PKP tetapi itu bukan penghalang untuk kita beraya sesama keluarga kita.💓Video rakaman ini merupakan video setempat yang dihasilkan oleh saya memenuhi keperluan bagi kursus BBM3410- Multimedia dalam Bahasa semester 4 tahun 2020/2021, di bawah bimbingan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Video setempat ini bermaksud rakaman video dalam keadaan yang tidak beralih tempat. So..Jomlahh tengok video Una..👀

https://www.youtube.com/watch?v=Tvrg0WiKyjY 


LANGKAH-LANGKAH MENYIAPKAN VIDEO SETEMPAT.

1. Cari satu tempat yang sesuai untuk kita rakam video.

2. Cek pencahayaan sebagai contoh cari tempat yang terang dan cerah supaya video kita cantik dan kelihatan jelas.

3. Sediakan semua kelengkapan yang kita inginkan dihadapan kita supaya dapat mengelakkan kita beralih tempat.

4. Rakam video ditempat yang kita duduk sahaja, tidak boleh beralih dari tempat duduk kita.

5. Kecilkan suara atau bercakap dengan perlahan supaya tiada suara dalam video sedap didengari dan menyakitkan telinga dengan nada suara yang kuat. Hal ini kerana, kamera kita sangat dekat dengan kita, dengan ini kita mestilah bercakap dengan perlahan dan jelas.

6. Apabila hendak pusing ke kanan, kiri, atas dan bawah. Pergerakan kamera itu mestilah dalam keadaan perlahan supaya tidak berlaku rakaman yang bergoyang-goyang, laju dan tidak jelas. Hal ini juga boleh membuatkan kita pening ketika melihat rakaman tersebut.


BUKTI KEHADIRAN MINGGU 7



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA SAYA   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. A...