Thursday, March 25, 2021

BBM3410-2012-MINGGU 1A


 Teks: Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi (203923)

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamu'alaikum wbt...


Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Dengan ini, izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi. Berumur 23 tahun dan merupakan anak yang ketiga dari 4 adik beradik (2 perempuan 2 lelaki). Saya menetap di Kuala Terengganu. Dan kini saya merupakan pelajar di Universiti Putra Malaysia yang berjurusan Bacelor Sastera Bahasa Dan Linguistik Melayu.

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari saya kecil hingga dewasa. Saya bermula dari pendidikan awal oleh ibu dan bapa. Ketika berumur 6 tahun saya mula bersekolah di Tadika Yayasan Islam di Kuala Terengganu dan mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II. Seterusnya, mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaaan Chung Hwa Wei Sin. Ianya merupakan sebuah sekolah pendidikan cina tetapi jumlah pelajar berbangsa cina dan melayu di sekolah ini sama sahaja. Namun, saya mampu bersekolah di SMK CHWS ini hanya sampai tingkatan 4 sahaja dan saya menyambung persekolahan di sekolah yang lain. Hal ini berlaku kerana ada satu kejadian yang pahit menipa dalam kehidupan saya. Nak tahu ke?? haha..

Okey saya cerita, pada tahun 2014 saya telah mengalami kemalangan jalan raya dan telah menyebabkan kecederaan teruk di peha kanan(patah) saya. Pada mulanya saya juga tidak menerima hakikat yang ini semua terjadi pada saya, kerana saya merupakan atlet di sekolah tersebut dan saya sangat aktif dalam sukan. Saya mengambil bahagian dalam sukan silat olahraga, bola jaring, olahraga dan sebagainya. Agak mengecewakan kerana pada minggu depan sebelum kejadian ini berlaku, saya ada satu perlawanan bola jaring, saya merupakan salah seorang wakil Kuala Terengganu bagi sukan bola jaring. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

Dan Alhamdulillah, atas nasihat ibu bapa saya bangkit semula dan saya dapat terima semua ini. Saya bersyukur kerana masih boleh bernafas dan boleh berjalan seperti sediakala. Pada 2015 saya pindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar. Oleh kerana, saya tidak sempat memasuki tingkatan 4 jadi pada 2015 saya nekad untuk mengulang ke tingkatan 4 semula. Saya tidak risau dan malu belajar dengan rakan-rakan yang muda dari saya satu tahun tetapi saya lagi takut akan pembelajaran saya, saya risau saya ketinggalan. Jadi saya mengambil keputusan untuk masuk tingkatan 4 semula. 

Setelah tamat tingkatan 5 di sekolah tersebut kemudian menyambung pembelajaran di tingkatan 6 (STPM). Hasil usaha saya selama ini akhirnya saya berpeluang untuk menyambung pelajaran saya di peringkat ijazah. Sesungguhnya saya tidak percaya saya dapat sampai ke tahap ini. Belajar di Universiti merupakan keinginan saya daripada kecil lagi. Dan alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat kerana diberi peluang dan tercapainya cita-cita saya selama ini. Saya juga bersyukur kerana ramai yang menyokong dan memberi semangat kepada saya. Terima kasih semua😇

Ingatlah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Namun, saya hanya mampu berkongsi sedikit mengenai kisah hidup saya dan diri saya sebelum ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan impak yang positif terhadap diri saya dan semua pembaca. Ingatlah kata-kata yang selalu saya pegang dalam kehidupan saya iaitu, "setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya". 😊

              -Jangan mudah putus asa dalam diri anda, kerana tiada yang mustahil dalam hidup ini-

                                                                     _By Unaa_

5 comments:

  1. Alhamdulillah . syukur atas sgla rahmat dan kurniaanNya .. smoga unaa terus kuat n tabah hadapi dugaan .. ❤️

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan.. teruskan bangkit.. walaupun sakit.. hadapi cabaran,,jgn mudah putus ase..

    ReplyDelete

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA SAYA   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. A...