PENDEKATAN
ANALISIS WACANA
(Normaliza
Abd Rahim, 2018)
PRA- ANDAIAN |
EMOSI |
NILAI DAN
BUDAYA |
BAHASA |
INFERENS |
1. Intuisi |
1. Positif |
1. Diri |
1.Bahasa
pertama/kedua/ketiga |
1.Rumusan keseluruhan |
2. Konteks -Penerimaan/ Penafian - Keperluan - Perujukan - Anafora - Pengulangan - Kekaburan - Penegasan |
2. Negatif |
2. Masyarakat |
2. Formal/ tidak fomal |
2.Rumusan topik perbincangan |
|
3.Emosi Bercampur - Perangai - Personaliti - Mood - Motivasi |
3. Adat - Jujur,
ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajianan, kesyukuran, kesederhanaan - Berdikari,
hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan - Hormat
menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat - Keadilan,
kebebasan, rasional |
3. Kesalahan bahasa |
3.Penutup kata |
|
|
|
4. Linguistik |
|
PRA-ANDAIAN
Bahasa pra-andaian ini digunakan sebelum permulaan garis hujah atau tindakan yang diamalkan dahulu. Pra- andaian ini terbahagi kepada dua iaitu intuisi dan konteks. Intuisi ini membawa maksud istilah kemampuan untuk memahami sesuatu perkara dengan tidak melalui pemikiran intelektual dan rasional. Pemahaman ini muncul secara tiba-tiba sahaja dan diluar kesedaran sebagai contoh seseorang tiba-tiba terdorong untuk membaca sebuah buku. Konteks pula merangkumi aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.
Ø EMOSI
Emosi adalah
perasaan yang kuat ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Wacana saintifik
telah memberikan makna yang lain dan tidak konsensus mengenai takrifan.
Menurutnya, emosi sering dikaitkan dengan perasaan, perangai, keperibadian,
disposisi, dan motivasi. Selain itu, emosi dapat didefinisikan sebagai
pengalaman positif dan negatif yang dikaitkan dengan corak aktiviti fisiologi
tertentu. Bagi emosi terbahagi kepada
dua aspek iaitu emosi positif, negatif dan emosi bercampur. Hal ini dapat
dilihat melalui perangai, personaliti, mood dan motivasi diri dan dari luar.
Ø NILAI DAN BUDAYA
Nilai dan budaya
telah mewujudkan ideal dari kebudayaan yang merupakan konsep yang hidup dalam
alam pemikiran sebahagian besar anggota masyarakat. Nilai dan budaya ini
merangkumi aspek diri, masyarakat dan adat. Nilai itu boleh difahami sebagai
ukuran tentang sesuatu, perlakuan dan seumpamanya yang menentukan baik, buruk,
cantik dan sebagainya. Nilai dan budaya dapat dipupuk secara bersama seterusnya
menentukan perlakuan-perlakuan yang diberikan oleh masyarakat berasaskan kepada
nilai-nilai sosial.
Ø BAHASA
Bahasa ialah
kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sisem bunyi yang arbitrari, yang
dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Bahasa
terdiri daripada bahasa pertama/kedua/ketiga dan sebagainya. Bahasa juga
mempunyai dua aspek iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Selain itu,
terdapat juga kesalahan bahasa yang dapat dianalisis agar lebih jelas, betul
dan kritis.
Ø INFERENS
Inferens merupakan
kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta tertentu. Ianya juga merangkumi tiga
aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata.
Inferens juga memberi maksud menggunakan pemerhatian dan latar belakang untuk
mencapai satu kesimpulan yang lojik, resional dan masuk akal atau munasabah.
Kehadiran (1/4/2021)
Perkongsian yg sangat bagus👍🏻
ReplyDelete