Thursday, April 22, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA

Kredit : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o


SEMBANG TAMU : DILEMA PENGEMBARA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog 😊 Hari ini Una nak kongsi satu topik yang sangat menarik dan di sukai ramai. Nak tau topik apa??? Topiknya "Dilema Pengembara", tengok tajuk pun kita dah tahu menarik kann😍

Baru-baru ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan satu bual bicara dan tetamu undangannya ialah Dr. Siti Nur Aliaa Roslan. Bual bicara ini telah memberi impak yang positif kepada para pelajar termasuk saya.

Dalam bual bicara ini, Dr. Siti Nur Alia telah berkongsi banyak cerita yang menarik mengenai pengalaman pengembaraannya di luar negara. Pada mulanya, Dr. Siti Nur Aliaa memberitahu bahawa dia mula mengembara ke negara luar semenjak umur 16 tahun dan mengikuti ibunya yang menyambung pelajaran di United Kingdom. Sangat menarik pengalamannya, kita pada umur 16 tahun masih duduk dirumah, haha takde laa gurau jeeπŸ˜‚ kita pergi mengembara atau bercuti tapi hanya dalam negara saja.

Dr. Siti Nur Aliaa juga telah menjelajah 21buah negara, huu seronoknyaa!! Sejak dari kecil lagi, pada setiap hujung minggu Dr. Aliaa dan sekeluarga akan ke Pulau Pinang untuk bercuti. Di sana terdapat sebuah kedai makan yang amat disukai oleh keluarga Dr. Aliaa, apabila datang ke Pulau Pinang, Dr. Aliaa sekeluarga wajib ke kedai makan tersebut.

Dr. Aliaa juga telah berkongsi beberapa tips sebelum mengembara ke luar negara. Iaitu, sebelum mengembara kita mestilah membuat list untuk barang-barang yang kita ingin bawa supaya kita dapat mengelakkan barang-barang keperluan kita tertinggal. Kita juga haruslah membawa bekal makanan yang secukupnya dan kita wajib membawa ubat-ubatan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini disana. Selain itu, kita juga haruslah mengetahui cuaca tempat yang kita ingin mengembara contohnya musim sejuk, panas dan sebagainya agar kita tidak tersalah membawa pakaian dan segala persiapan kita.

Segala tips dan pengalaman yang dikongsi oleh Dr. Siti Nur Aliaa telah menarik minat para pelajar dan berani untuk mengembara ke luar negara. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, lihatlah video diatas. Bual bicara ini sangat seronok!! tak percaya buka laa link Youtube tuπŸ˜‘ Okey..Terima kasih.πŸ’•


BUKTI KEHADIRAN


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA SAYA   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. A...