Thursday, April 22, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLAT LAY)


FLAT LAY

 Rujukan : Normaliza Abd. Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Flatlay merupakan sesuatu kaedah mengambil gambar oleh seseorang. Flatlay ini mempunyai empat jenis flatlay yang boleh digunakan ketika ingin mengambil gambar iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay.

 

1. FLAT LAY

Cara mengambil gambar menggunakan kaedah flatlay ialah dengan mengambil gambar dari jarak atas dan kamera diletakkan pada ukuran 90 darjah dari objek.

 


Gambar ini diambil ketika makan tengahari dirumah nenek. Sedap weyh makan macam ni dengan pemandangan kawasan kampung, serius tak tipu.😋



Ni time kitaorang berkelah di tepi Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu. Aku ambil gambar dari sisi atas so jadi laa kaedah flat lay.


Elok je pinggan ni duduk dekat atas dapur, sempat laa aku ambil gambar sebelum ada orang ngapp..😂 oke la cantik laa jugak.




Hidangan berbuka puasa first day tuk family aku time ni. Duk siap-siap hidang aku pon ambil laa peluang tuk ambil gambar sekejap.



Masa ni aku teman membe aku shoot gambar kuih yang dia jual tuk hari raya nanti. Alang-alang tu aku pun ambil laa satu gambar kuih raya dia ni. Sape-sape nak order kuih raya boleh laa pm tepi. Hahaha😆


Gambar ni aku ambil dengan pinjam pomade-pomade abang aku, dia siap tanya lagi nak buat apa dengan pomade dia tu. Alaa pinjam kejap je tuk amek gambar, bukan aku pakai pun..😑



Ni laa gambar beg-beg yang aku beli tapi tak pakai. Ade pon pakai sekali dua je yang warna hitam tu.



Ni laa barang-barang makeup aku, baru sikit ni, ada lagi yang lain. Pastu aku selit laa sikit buku Multimedia dalam Bahasa ni.


Ni barang-barang skincare dalam rumah aku ni. Entah siapa punya laa, aku ambil je tuk ambil gambar. Hihihhiii😂


Ni hadiah-hadiah birthday aku barunie. Aku susun-susun pastu aku ambil gambar ikut laa kaedah flat lay ni.

Ni adalah buku yang pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu guna iaitu buku Multimedia dalam Bahasa. Tuk ambil gambar ni aku cari laa aksesori aku macam rantai, cincin dan tambahlah bunga-bunga sikit.


2. HALF FLAT LAY

Cara mengambil gambar dengan menggunakan kaedah half flatlay ialah mengambil gambar pada sisi atas dan kamera diletakkan pada ukuran 45 darjah daripada objek.


Masa nak makan dekat sebuah cafe, aku baru je nak ambil sudu ..Pastu kawan aku cakap, weh ambil laa gambar dulu untuk assignment multimedia tu. Nasib ada membe tolong ingatkan..hihi😂



Ni time aku dengan kawan-kawan aku pergi berbuka puasa dekat salah satu kedai arab ni. Kitaorang makan Nasi Beriani, sedap jugak laa.



Gambar ni time aku dengan keluarga aku makan dekat sebuah kedai ni. Memang sedap laa masakan dia.😋


Gambar ni aku ambil masa malam harijadi aku tu, sambut dengan keluarga time ni, makan-makan pizza. Sebelum tu ambil laa gambar.


Gambar ni aku ambil teddy bear anak saudara aku je, kumpul-kumpul semua pastu aku ambil gambar half flatlay ni.



Duk fikir-fikir nak tambah gambar apa lagi. Pastu baru teringat aku ada beli eyeshadow baru-baru ni. So aku ambil laa gambar eyeshadow ni ikut kaedah half flatlay.


Ni gambar jam yang aku belikan dekat abah aku time birthday dia baru-baru ni.



Ni laa jam-jam jenama "G-Shock" yang aku kumpul. Memang minat aku ni macam lelaki sikit hahaha. Ni baru separuh, ada lagi yang lain dan ada juga yang dah putus talinya.



Beg duit ataupun "purse" ni aku hadiahkan dekat mama aku. Cantik an, mama pun suka jugak.💗



Gambar ni aku amek guna kaedah half flatlay dengan baju-baju anak saudara aku je. Pastu ambil la seekor kucing mainan tu, letak laa dekat situ.


Ni gambar buku multimedia yang kitaorang guna tuk kelas multimedia. Tuk cantik-cantikkan gambar ni, aku tambah la buku, pen, bunga dan gadget.


3. QUARTER FLAT LAY

Cara mengambil gambar dengan menggunakan kaedah quarter flatlay ialah mengambil gambar dengan jarak kamera daripada objek pada kedudukan 22.5 darjah daripada objek.



Sedapnyaa kan..memang sedap pun..haha..aku ambil gambar quarter flatlay yang ni.



Beli "fish skin" ni dengan membe aku. Pastu letak laa depan laptop pastu terus ambil gambar tuk quarter flatlay ni.



Harini rasa nak makan macaroni. So aku pun masak laa..Pastu macam biasa, ambil laa gambar.

Gambar ni gambar sebelum puasa. Rasa nak makan aiskrim greentea dekat "Family mart" ..sedappp..


Cendol ni best, serius tak tipu. Tapi aku lupa nama apa kedainya.


Ni laa barang-barang aku bawak time nak pergi vacay haritu.



Saja nak borong mandian pastu ambil laa gambar sekali. Time ni dekat rumah kakak aku, so ada laa karpet bulu-bulu tu, aku ambil jelaa nak cantikkan gambar kononnya.


Ni gambar span makeup aku,atau lebih dikenali sebagai "beauty blender". Comel kan..Sayang pulak nak guna..haahaa😂




Time ni aku kebas je kaca mata hitam membe aku. Pastu elok time tu kitaorang lepak area pantai yang ada batu-batu besar tu. Pastu aku ambil laa gambar dekat situ.

Ni la tudung-tudung aku yang tak pakai lagi..Beli je pandai, pakainya tak!!😓





Ni laa buku yang aku guna tuk belajar subjek multimedia..


4. ZERO FLAT LAY

Cara mengambil gambar dengan kaedah zero flatlay ialah kamara diletakkan di atas lantai dengan bersudut kosong darjah.

 

Gambar ni aku ambil dengan cara zero flatlay. Aku letak fone aku dekat lantai pastu aku ambil gambar "casing fone" ni.




Ni stok scrub aku. Aku letak dia atas meja, pastu aku ambil gambar sama tinggi dengan meja tu.

 .


Gambar ni aku ambil dekat kedai abang aku, abang aku kerja dekat sini. So aku pinjam laa sekejap selipar/sendal ni tuk ambil gambar.



Elok aku masih tercari-cari nak ambil gambar apa lagi. Akhirnya sampailah pinggan mangkuk mama aku, dia beli tuk pakai raya nanti katanya. Hahaha😂



Gambar scrub ni aku ambil haritu pastu tuk cantikkan lagi, aku tambah laa bunga-bunga cinta tu.



Ni gambar hadiah birthday aku baru-baru ni. Ada sorang membe aku ni bagi hadiah ni dekat aku..Hihi terima kasih..💖


Ni beg baru aku, alang-alang tu ambil laa gambar dulu.




Ni gambar skin care aku, ambil jelaa yang mana ada. Pastu ambil gambar dengan kaedah zero flatlay.




Ni pun aku punya skin care. Aku baringkan dia tuk dapatkan gambar zero flatlay tu.


Ni pun kasut dekat kedai abang aku. Elok takde orang time tu, aku pun letak laa kasut ni dekat lantai dan fone aku pon dilantai. So, jadilah gambar zero flatlay.


Ni aku ambil gambar buku multimedia aku yang selalu aku guna. Pastu aku letak laa pen, highlight, kaca mata dan jam kat situ sebagai asesori haha.






-Nak ketahui lagi lanjut, tengok laa video ni..-


 https://www.youtube.com/watch?v=jl2xbSvoftU


BUKTI KEHADIRAN





BUKTI SUBSCRIBE

2 comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA SAYA   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. A...