Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CLOSE UP

 

CLOSE-UP

Close-up merupakan satu keadah mengambil gambar dengan jarak yang paling dekat dan memfokuskan pada wajah seseorang atau aktiviti yang dijalankan. Kaedah close-up ini biasa digunakan bertujuan untuk menunjukkan wajah seseorang dengan lebih jelas.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

MANUSIA



MODEL: NURFARRAHIN BINTI MOHD TERMIZI

HURAIAN: Gambar ini merupakan gambar seorang wanita yang memakai tudung berwarna merah jambu cerah. Gambar ini diambil dengan kaedah close-up sehingga kita boleh lihat dengan jelas wanita ini memakai kanta lekap yang berwarna kelabu.


 


MODEL: NUR AMEENA YUSYAIRAH BINTI YUSMAN

HURAIAN: Gambar ini menujukkan seorang kanak-kanak perempuan sedang tidur dan kaedah close-up dilakukan bagi menampakkan wajah kanak-kanak tersebut. Close-up cuma menggambarkan wajah kanak-kanak itu sahaja. Dengan close-up ini kita dapat melihat bulu mata kanak-kanak ini dengan lebih jelas. 



MODEL: OZAN MUHAMMED KABAK

HURAIAN: Gambar diatas merupakan gambar seorang pemain bola Liverpool yang sedang fokus bermain bola sepak di padang. Gambar ini diambil dengan kaedah close-up dari luar padang supaya dapat lihat muka pemain ini dengan lebih dekat dan jelas.



MODEL: NAURA SAFIEYYA BINTI MUHAMMAD HAZIM

HURAIAN: Gambar diatas diambil dengan kaedah close-up. Gambar ini jelas kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang memakai topi berwarna merah jambu. Wajah kanak-kanak ini kelihatan sedih kerana pada ketika itu dia dimarahi oleh ibunya.



MODEL: SITI NORFARHANA BINTI MOHD AZAM

HURAIAN: Gambar ini diambil dengan kaedah close-up. Jelas kelihatan raut wajah seorang wanita yang sedang senyum. Dengan close-up ini kita dapat lihat dengan jelas solekan di mukanya.


BINATANG/ SERANGGA


MODEL: KUCING (Combi)

HURAIAN: Gambar ini diambil dengan menggunakan kaedah close-up iaitu dengan jarak yang dekat. Disini kita lihat terdapat seekor kucing sedang makan dan kelihatan sedang marah. Dihadapan kucing tersebut terdapat bekas makanan yang mengandungi makanan kucing di dalamnya.



MODEL: AYAM (AWANG)

HURAIAN: Gambar ini menunjukkan gambar seekor ayam yang sedang berkokok. Gambar ini diambil dengan close-up supaya kita dapat melihatnya dengan lebih dekat. Dengan close-up kita dapat lihat warna yang ada pada bulunya dengan lebih jelas.

 


MODEL: IKAN LAGA

HURAIAN: Terdapat seekor ikan di dalam sebuah akuarium. Gambar tersebut diambil dengan cara close-up iaitu dengan lebih dekat membolehkan kita untuk melihat ikan itu dengan lebih jelas. Corak dan warna hitam putih yang terdapat di sisik ikan itu jelas kelihatan.


MODEL: BURUNG TERKUKUR

HURAIAN: Gambar diatas menunjukkan gambar seekor burung terkukur. Hal ini jelas kelihatan corak, bentuk dan warna yang terdapat pada bulu burung tersebut akibat daripada cara pengambilan gambar dengan menggunakan kaedah close-up.


 

MODEL: TUPAI TERBANG (SUGER GLIDER)

HURAIAN: Gambar diatas menunjukkan gambar seekor tupai terbang. Gambar ini kelihatan sangat jelas apabila diambil dengan kaedah close-up iaitu dengan mengambil gambar secara lebih dekat. Kita akan Nampak corak dan warna tupai terbang ini dengan lebih jelas. 


BUNGA/ DAUN



MODEL: BUNGA HIGHWAY 

HURAIAN: Gambar ini menunjukkan sekuntum bunga yang berwarna ungu. Nama bunga ni bunga highway, aku pun tak tahu kenapa diberi nama sedemikan rupa. Kaedah close-up dilakukan pada bunga ini untuk menampakkan lagi corak urat yang terdapat pada bunga.






MODEL: BUNGA KERTAS

HURAIAN: Gambar ini menunjukkan pokok bunga kertas yang berwarna putih. Kaedah close-up dilakukan pada bunga ini untuk menampakkan lagi corak urat dan hingga kita boleh lihat ada titisan air di kelompak bunga itu.



MODEL: DAUN BAYAM 

HURAIAN: Gambar ini menunjukkan daun bayam yang berwarna hijau. Teknik yang digunakan untuk mengambil gambar ini ialah teknik close-up yang diambil dengan jarak  yang lebih dekat. 



MODEL: POKOK BUNGA ORKID 

HURAIAN: Gambar ini menunjukkan dua kuntum bunga orkid yang berwarna ungu dan putih. Teknik yang digunakan untuk mengambil gambar ini ialah teknik close-up yang diambil dengan jarak yang lebih dekat. 




MODEL: POKOK BUNGA  

HURAIAN: Gambar ini menunjukkan bunga yang berwarna ungu dan berdaun hijau. Teknik yang digunakan untuk mengambil gambar ini ialah teknik close-up yang diambil dengan jarak yang lebih dekat. 


BARANG/ BENDA


MODEL: PENSIL

HURAIAN: Gambar di atas menunjukkan sebatang pensil. Apabila menggunakan kaedah close-up, jelas kelihatan corak-corak kayu dan warna pensil yang berwarna kuning dan hitam.




MODEL: KUNCI

HURAIAN: Gambar di atas menunjukkan sebatang kunci. Apabila digunakan kaedah close-up, jelas kelihatan bentuk dan tulisan “DH” pada kunci tersebut.


MODEL: JAM TANGAN

HURAIAN: Gambar di atas menunjukkan sebuah jam tangan. Jelas kelihatan nombor, jarum dan tulisan yang berada di dalam jam tersebut apabila mengambil gambar dengan jarak yang sangat dekat iaitu dengan kaedah close-up. 



MODEL: SKRU BESI

HURAIAN: Gambar ini  menunjukkan sebatang skru. Dengan menggunakan cara close-up, kita dapat lihat corak lilitan yang terdapat pada skru itu dengan lebih jelas. 



MODEL: BAWANG PUTIH 

HURAIAN: Gambar ini menunjukan selabu bawang putih yang di letakkan di atas sebuah meja. Tetapi apabila diambil gambar dengan kaedah close-up atau dengan lebih dekat ianya kelihatan jelas corak-corak yang terdapat pada kulit bawang tersebut.


Buku Rujukan




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA SAYA   2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. A...