Saksikan Rancangan Sembang Tamu “Celik” Bahasa Isyarat.
Rujukan : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang diakses pada 8 April 2021 daripada https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24
Rancangan ini bertemakan
“Celik” Bahasa Isyarat dan tetamu undangannya ialah Prof. Dr. Normaliza Abd.
Rahim. Kata Prof Normaliza bahasa isyarat ini amat penting dan harus dipelajari
oleh semua orang kerana kita juga perlu menggunakan bahasa isyarat dalam
komunikasi seharian sebagai contoh ketika kita tidak sihat dan kata Prof lagi,
bahawa beliau belajar bahasa isyarat di dalam “ Twitter” dengan hanya mengambil
masa dua bulan sahaja. Jelaslah disini bahawa, kita semua juga mampu belajar
bahasa isyarat dan mahir dalam penggunaan bahasa isyarat ini. Pada awalnya Prof
Normaliza terinspirasi ingin mempelajari bahasa isyarat ini ketika beliau
berada di pangung wayang bersama keluarganya. Prof Normaliza memandang
sekumpulan remaja yang sedang menggunakan bahasa isyarat sebagai komunikasi. Dengan
salah satu gaya tangan atau sesuatu cara bahasa isyarat yang digunakan oleh
salah seorang daripada mereka yang membuatkan Prof Normaliza tertanya-tanya dan
ingin tahu apa makna disebalik gaya bahasa tangan tersebut sehingga Prof
mengambil keputusan untuk cuba mempelajari bahasa isyarat ini. Kesimpulannya, daripada
tema “Celik” bahasa isyarat ini menunjukkan bahawa pentingnya mempelajari
bahasa isyarat kerana bahasa isyarat ini dapat membentuk satu perhubungan
sosial bagi golongan orang yang normal dengan golongan orang kelainan upaya
(OKU) dan golongan orang kelainan upaya juga tidak disisihkan lagi oleh masyarakat.
BUKTI KEHADIRAN |
BUKTI KEHADIRAN |
No comments:
Post a Comment