BAHAN UNTUK ASAS GRAFIK
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
1) Bunting/ banner
Terdapat elemen asas grafik yang lengkap dalam banner yang dihasilkan. Mesej yang menunjukkan jualan kasut sukan berjenama Nike dapat disampaikan dengan baik. Pembaca dapat memahami mesej tanpa sebarang kekeliruan. Imej kasut sukan dilampirkan untuk menunjukkan kesesuaian dengan tujuan banner. Penggunaan warna coklat, hitam dan putih diaplikasikan dalam penghasilan alat grafik ini. Elemen teks iaitu jenis dan saiz tulisan yang digunakan bersesuaian dengan banner sekali gus menjadikan ianya menarik. Keseimbangan juga wujud dengan adanya ruang kiri dan kanan serta ruang atas dan bawah banner. Selain itu, pembahagian antara imej kasut dan bahagian teks juga mewujudkan keseimbangan.
2) Pamphlet
Muka Hadapan Pamphlet |
Muka Belakang Pamphlet |
Pamphlet atau juga dikenali sebagai brosur/ pamflet merupakan
terbitan jenis bukan berkala. Secara umunya, pamphlet dihasilkan dan dicetak
pada kedua-dua halaman, iaitu depan dan belakang. Pamphlet terdiri daripada lipatan tiga atau
lebih; ia tidak kurang daripada lima muka surat dan lebih daripada 48 muka
surat. Kini, penggunaan pamphlet dalam bidang perniagaan dan pelancongan untuk
tujuan promosi adalah luas.
Dalam iklan kasut sukan, Pamphlet bukan sahaja dapat digunakan
untuk memperkenalkan kepada pengguna tentang jenama kasut sukan, jenis-jenis,
kelebihan, ciri-ciri dan harganya, tetapi juga dapat mendedahkan latar belakang
dan sejarah syarikat, cara hubungi dan alamat kepada pengguna. Seluruh maklumat
tentang kasut sukan telah terkandung dalam Pamphlet. Pamphlet yang bersaiz
kecil dapat membantu pengedar atau penjual mempromosikan kasut sukan dengan
berkesan kerana Pamphlet yang bersaiz kecil dapat dihasilkan dalam kuantiti
yang banyak dan diedarkan kepada setiap pengguna. Pada masa yang sama,
Pamphlet dapat menjimatkan kos
perbelanjaan pengedar kerana Pamphlet boleh dicetak pada kertas berulang-ulang
kali tanpa had.
3) Poster
Poster di atas merangkumi kesemua lima elemen asas grafik.
Pemilihan warna yang bersesuaian dan nampak menyerlah. Pemilihan teks
merangkumi jenis dan saiz font yang sesuai dengan poster di atas. Keterangan
yang dipaparkan dalam poster juga mudah difahami yang itu adalah kasut
seterusnya dan akan ada promosi sebanyak 15%. Secara keseluruhannya, mesej yang
ingin disampaikan melalui poster ini jelas dan mudah difahami.
4) Gambar/ foto
Gambar di atas menunjukkan salah
satu bahan untuk asas grafik. Kasut ini dipilih kerana reka bentuk yang menarik
serta sesuai digunakan untuk lelaki dan perempuan. Tapak kasut yang 100%
diperbuat daripada getah sangat sesuai dipakai untuk jalan atau bersukan kerana
cengkaman yang kuat dapat menghalang seseorang daripada jatuh akibat licin.
Warna biru tua dipilih kerana umumnya biru adalah warna kegemaran bagi lelaki
dan perempuan. Oleh itu, kasut ini sesuai dipakai untuk lelaki mahupun
perempuan. Berdasarkan pandangan ilmu psikologi pula, warna biru tua mampu
merangsang pemikiran yang positif. Selain itu, Corak pada kasut diletakkan
adalah untuk menyerlahkan lagi reka bentuk kasut tersebut. Lidah kasut yang
diletakkan span dalamnya memberikan keselesaan kepada si pemakai.
5) Billboard
Billboard merupakan salah satu bahan untuk asas grafik, ianya juga
dikenali sebagai sebuah papan iklan yang berukuran besar dan mengandung tulisan
atau gambar yang berfokuskan iklan, pengumuman dan promosi produk. Kebiasaannya
billboard ini dipasang pada persimpangan jalan raya yang padat lalu lintasnya.
Sebagai contoh billboard di atas mengandung informasi yang sangat jelas iaitu
ingin mempromosikan sepasang kasut. Dengan pemilihan warna pada billboard
sangat membantu untuk menarik lagi minat orang ramai yang melihatnya. Contohnya
warna kuning pada latar belakang billboard tersebut telah menaikkan lagi model
kasut yang ingin dipromosikan. Selain itu, font “NIKE” yang memberi
maksud kepada jenama kasut itu semakin menyerlah apabila di warnakan dengan
warna hitam. Hal ini telah menarik minat pembaca dan sehingga orang menjadi
tahu apa yang ingin disampaikan oleh billboard tersebut.
6) Video
Video di atas menunjukkan iklan
pendek yang mengkhususkan kepada kasut converse sebagai watak utama. Tema yang
digunakan ialah keselesaan yang dapat dilihat melalui pergerakan model
tersebut. Latar belakang dan penggunaan teks juga bersesuaian dengan produk
tersebut. Iklan ini juga mudah difahami tanpa ada keliruan.
BUKU RUJUKAN |
No comments:
Post a Comment