BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-TEKS
A) Sumber Internet
Elemen
: Teks
Tema : Fesyen
Rujukan : https://www.popwebdesign.net/billboards-novisad.html
Huraian : Papan iklan tersebut mengandung elemen asas grafik utama, iaitu teks.
Saiz teks “Clubround” yang besar menjadi fokus utama dapat menarik
perhatian pengguna pada saat pertama kali melihatnya. Teks “Clubround” memudahkan pengguna
memahami mesej yang ingin disampaikan, iaitu tentang brand cermin mata tersebut.
Saiz teks “$160” yang sederhana terletak di hujung kanan juga telah
memberitahu pengguna harga produk itu dengan jelas dan dapat menarik pengguna untuk
membelinya kerana harga produk telah diketahui. Jenis teks yang “bold” juga berfungsi
memudahkan pembacaan pengguna, khususnya untuk pemandu di jalan raya, dapat
melihat dengan jelas.
Elemen: Teks
Tema: Kempen kesedaran
Rujukan: http://pergigiannegerisembilan.blogspot.com/2013/12/berhenti-merokoklebihmudah-jika-anda.html
Huraian: Poster ini disertai dengan teks “Tak nak!” dan “Kementerian Kesihatan
Malaysia” yang memberi persepsi tentang poster tersebut. Penggunaan teks ini
jelaslah bahawa poster ini menggunakan elemen asas grafik teks. Hal ini
demikian kerana penggunaan font yang besar itu boleh menarik minat
orang ramai. Sesiapa yang melihat poster ini mesti akan melihat teksnya terlebih
dahulu.
Elemen : Teks
Tema : Pendidikan
Huraian: Penekanan elemen grafik yang dapat dilihat di dalam gambar di atas adalah elemen teks yang digunakan. Teks yang digunakan untuk memberitahu kandungan gambar tersebut dengan lebih jelas dan lebih teliti kepada orang ramai. Cara-cara yang telah diberitahu untuk pencegahan dapat diterima secara langsung kepada orang yang membacanya. Tulisan COVID-19 ditulis dengan saiz yang besar menunjukkan bahawa poster ini menceritakan tentang penjagaan kesihatan sepanjang gejala tersebut. Dengan menggunakan teks yang mudah boleh mempengaruhi daya pembacaan sesiapa sahaja. Tulisan yang sama saiz membolehkan pembaca membaca tanpa sebarang masalah. Tulisan yang ditulis secara menegak mampu menjadikan gambar tersebut lebih teratur dan tersusun.
Elemen : Teks
Tema : Iklan Telefon Pintar
Huraian: Dalam iklan ini elemen teks yang digunakan merujuk kepada jenis dan saiz
fon yang digunakan dalam imej. Teks “tri-kamera” yang ditunjukkan memberikan
persepsi kepada pelanggan bahawa telefon tersebut mempunyai tiga kamera. Mereka mengunakan font teks yang lebih besar serta dikotakkan perkataan tersebut
supaya dapat menarik pelanggan untuk fokus kepada mesej yang mereka ingin
sampaikan. Warna yang digunakan bagi teks juga terang dan dapat menarik minat
pelanggan untuk melihatnya.
Elemen: Teks
Tema : Makanan
Rujukan: http://my.dubaibobang.com/retail-signs/restaurant-retailsigns/pizza-hut-restaurant-sign.html
Huraian: Sebuah restoran Pizza Hut yang disertai dengan teks yang bersaiz tebal menampakkan lagi sebuah kedai Pizza Hut. Dalam grafik ini, teks tersebut mempunyai tiga faktor iaitu saiz font yang dipilih sangat sesuai kerana kelihatan jelas perkataan tersebut. Selain itu, kandungan dalam teks tersebut juga memberi pemahaman yang jelas kepada pembaca serta warna yang digunakan dalam font tersebut juga jelas dan terang. Pengunjung yang melihat akan berminat untuk singgah membeli.
Elemen: Teks
Tema: Makanan
Rujukan: https://www.facebook.com/108719577693631/photos/a.108761381022784/108761361022786/
Huraian: Gambar di atas melibatkan semua lima elemen grafik tetapi elemen
teks lebih menyerlah. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan jenis dan saiz font.
Terdapat penggunaan saiz font yang besar dan sederhana. Perkataan yang ingin
difokuskan telah ditulis dengan font yang besar dan mudah dilihat oleh
pembeli. Penggunaan pelbagai jenis font juga dapat diperhatikan dalam
gambar tersebut. Terdapat font yang standard dan juga Italic font.
Warna font juga nampak menarik dan menonjol.
Elemen: Teks
Tema: Minuman
Rujukan: https://www.iklanlah.com/
Huraian: Iklan tersebut mengandung eleman asas grafik teks. Teks “Refresh Your World” yang besar dan ringkas memberi persepi tentang minuman tersebut. Ianya dapat menarik minat dan perhatian pengguna. Teks yang digunakan sangat jelas dan mudah difahami dengan sekali pandang sahaja.
Elemen: Teks
Tema: Jualan Iphone
Huraian: Gambar tersebut mengandung elemen grafik yang utama iaitu elemen
teks. Jenis font yang terdapat dalam gambar tersebut sangat jelas dan
warna font juga sesuai dengan latar belakang gambar. Teks “Iphone 12 mini” yang terdapat di kiri gambar
tersebut merujuk kepada jenis telefon. Manakala teks “from 699” yang berada di bawah menunjukkan harga kepada Iphone
12 mini tersebut.
Elemen: Teks
Tema: Makanan segera
Rujukan: https://images.app.goo.gl/HiHhGy23TRcsHppw6
Huraian: Papan iklan di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu
teks. Saiz teks “BUY ONE, GET ONE FREE WHOPPER” yang besar menyebabkan pelanggan
memfokuskan pada tulisan tersebut. Iklan itu juga ingin menyampaikan mesej
tentang setiap pembelian akan mendapat satu yang percuma. Dengan ini, tulisan “FREE” yang ditebalkan dan
lebih besar berbanding tulisan lain bukan sahaja dapat memberi keterangan tentang iklan
tersebut tetapi juga dapat menarik perhatian pelanggan.
Elemen: Teks
Tema: Jualan Kosmetik
Rujukan: https://id.postermywall.com/index.php/art/template/
1f0e535a1ca6645b98663fbcfb117814/cosmetic-make-up-sale-
flyer-template-design#.YGhSHOgzbIU
Huraian: Elemen teks merujuk kepada saiz dan
jenis bentuk tulisan dalam sesuatu bahan grafik. Teks berfungsi untuk membantu seseorang
lebih memahami sesuatu mesej yang ingin disampaikan. Teks “COSMETIC SALE” pada
grafik di atas menunjukkan adanya jualan barang kosmetik yang akan diadakan.
Selain itu, pemilihan warna hitam, saiz tulisan yang besar dan jenis bentuk
tulisan yang sesuai menjadikan grafik yang
dihasilkan mudah difahami dan menarik.
B) Sumber Sendiri
Elemen: Teks
Tema: Iklan kasut
Rujukan: NA LI XIAN (203932)
Huraian: Gamber tersebut mengandungi elemen
asas grafik utama, iaitu teks. Saiz teks “LR SHOES” yang besar
dan diletakkan di tengah gambar menjadi
fokus utama dapat menarik perhatian pengguna
pada saat pertama melihatnya. Teks “LR SHOES” dan
“CARR POLO” memudahkan pengguna
memahami mesej yang ingin disampaikan, iaitu tentang nama syarikat dan jenama
produk tersebut. Warna teks “2 FOR RM79 ONLY!” yang terang dan saiz yang
sesuai dapat menonjolkan harga promosi dengan jelas kepada pengguna. Jelaslah
bahawa teks memainkan peranan penting dalam sesuatu pengiklanan yang dapat menarik
perhatian pengguna dalam tempoh masa yang pertama. Penggunaan jenis dan warna
teks yang berlainan dapat menambah unsur menarik dalam sesuatu gambar.
Elemen: Teks
Tema: Anugerah
Rujukan: Adillah binti Anuar (204098)
Huraian: Teks yang ada pada piala tersebut memberi kesan yang
cukup besar terhadap penglihatan seseorang. Sesiapa yang melihat foto ini,
pastinya akan melihat teks yang ada di piala terlebih dahulu. Hal ini demikian
kerana penggunaan font yang bersaiz besar
dan menarik dapat
menarik minat orang ramai untuk membacanya. Teks yang digunakan juga sangat jelas dan mudah
difahami.
Elemen: Teks
Tema:
Makanan
Rujukan: Ellyliddia Bt Rolling (201808)
Huraian : Penekanan elemen yang terdapat di dalam gambar tersebut ialah teks. Teks yang digunakan untuk
menerangkan jenis makanan adalah sangat jelas dan tepat. Penggunaan saiz teks
dan jenis teks yang digunakan juga sangat sesuai dan teratur. Apabila orang melihat
gambar tersebut, mereka akan membaca dan mengetahui bahawa gambar tersebut
menunjukkan makanan. Pada masa yang sama, maklumat pembekal,
iaitu nama dan logo juga diberikan. Ini akan memudahkan orang untuk membaca
dan lebih mudah penerimaannya.
Elemen: Teks
Tema: Iklan Kecantikan
Rujukan: Siti Nuratiqah Binti Rahmat (202680)
Huraian: Elemen teks yang digunakan ialah perkataan “sales” yang fon dibesarkan dapat menarik minat pelanggan untuk memfokuskan mesej yang ingin disampaikan. Perkataan “Grab it now !! “dikecilkan bagi memberikan fokus utama kepada “sales”. Malahan penggunaan warna merah dan kuning pada perkataan “sales” dan “50%” juga menjadi tarikan untuk pelanggan membeli. Daripada iklan tersebut mereka akan faham bahawa produk yang dipaparkan mempunyai “sales” dan berkemungkinan mereka akan bertindak jika mesej itu sampai kepada mereka.
Elemen: Teks
Rujukan: Nur Iffah Syakirah binti Md Sham (202912)
Tema: Iklan
Huraian: Gambar di atas menunjukkan iklan tentang
penggosok baju. Teks yang digunakan bersaiz sederhana dan ringan. Teks yang digunakan
bersesuaian dengan gambar. Saiz font yang digunakan sesuai dalam pemilihan grafik tersebut. Warna
teks yang terang dapat menerangkan kandungan grafik tersebut.
Elemen: Teks
Tema: Anugerah
Rujukan: Siti Nureedayu Bt Mohd Zapuri (203933)
Huraian: Gambar tersebut jelas menunjukkan adanya elemen asas grafik teks. Hal ini dikatakan kerana penggunaan teks dalam gambar tersebut. Penggunaan teks dan saiz font “ Detektif Terbaik November 2019” dan “ Jab. Siasatan Jenayah IPD Seberang Perai Selatan Pulau Pinang” akan menarik minat dan perhatian. Oleh sebab itu gambar tersebut mempunyai elemen teks.
Elemen: Teks
Tema: Pasar Besar Kedai Payang
Rujukan: Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi (203923)
Huraian: Gambar berikut mengandung elemen grafik yang utama iaitu teks. Jenis
font yang digunakan dalam gambar rajah di atas “ PASAR BESAR KEDAI
PAYANG” sangat jelas dan mudah difahami. Dengan adanya teks tersebut
membolehkan seseorang mengetahui itu ialah sebuah pasar. Font yang
digunakan dalam teks tersebut juga besar, tebal dan mempunyai warna yang jelas.
Elemen: Teks
Tema: Durian Crepe
Rujukan: Fariesya Nabila binti Mat Noh (203918)
Huraian:
Gambar di atas
mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen teks. Gambar tersebut menunjukkan
tulisan “MINI MILLE CREPE DURIAN” yang lebih menonjol untuk memberitahu pengguna
tentang perisa makanan tersebut. Dalam gambar tersebut juga mempunyai teks
“RM16” yang ditulis di bahagian kanan bawah gambar untuk menunjukkan harga
makanan tersebut. Jenis font yang dipilih juga menarik dan mudah untuk difahami pengguna dan mampu menarik
perhatian pengguna.
Elemen: Teks
Tema: Motivasi Diri
Rujukan: Salimah Bt Ahmad@ Noor (201844)
Huraian: Terdapat elemen teks dalam grafik di
atas yang mempengaruhi kefahaman individu. Teks “PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA
DARI SATU LANGKAH’ menggunakan warna putih untuk disesuaikan dengan warna latar
belakang yang agak gelap. Perkara ini penting untuk menonjolkan mesej dalam grafik. Saiz tulisan yang digunakan juga
bersesuaian dengan keseluruhan bahan. Jenis tulisan yang ringkas memudahkan individu
untuk membaca dan memahami teks yang dipaparkan.
Elemen: Teks
Tema: Penjagaan diri
Rujukan: Dinesha A/P Samy (203931)
Huraian: Gambar di atas dapat dikelaskan di
bawah elemen teks. Hal ini demikian kerana penggunaan jenis font dan
saiz font yang tepat dan berkesesuaian. Terdapat saiz font yang dikecilkan dan ada yang dibesarkan
supaya dapat dilihat secara jelas oleh pembeli. Contohnya, saiz front “40%
off” adalah sangat besar, dapat menarik perhatian pembeli pada saat pertama.
Melalui penggunaan jenis dan saiz font yang bersesuaian, mesej yang
ingin disampaikan juga jelas dan mudah difahami.
Ketua elemen teks: Siti Nureedayu Bt Mohd Zapuri (203933)
Penolong : Na Li Xian (203932)
No comments:
Post a Comment