BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-MUDAH
A) INTERNET
Elemen : Mudah
Tema : Papan iklan
Rujukan : https://www.pinterest.com/danielle_ncsu/billboard-designs/
Huraian : Sekeping foto yang
menunjukkan dua botol air minuman “Mountain Dew” yang dipaparkan di papan
iklan. Papan iklan ini kelihatan mudah untuk didefinisikan kerana gambaran
tersebut mudah difahami oleh seseorang. Gambar tersebut juga mudah dilihat
sebagai satu mesej yang dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Seseorang
yang melihat papan iklan tersebut akan faham bahawa papan iklan tersebut
mempromosikan air minuman yang berjenama “Mountain Dew”.
Elemen: Mudah
Tema: Makanan
segera
Rujukan: https://images.app.goo.gl/ewnajHJJi656p3BS7
Huraian: Gambar papan iklan di atas mempunyai
elemen asas grafik iaitu elemen mudah. Gambar tersebut menunjukkan sebiji
burger dari syarikat makanan segera yang terkenal yang menunjukkan keluaran menu burger baharu syarikat tersebut.
Jika seseorang melihat iklan tersebut akan faham bahawa gambar tersebut adalah tentang burger itu. Gambar
itu juga menunjukkan elemen mudah kerana gambar tersebut memfokuskan kepada burger itu.
Elemen : Mudah
Tema: Jualan Kasut Nike
Rujukan:
Huraian: Gambar tersebut mengandungi aspek
grafik yang paling ketara iaitu mudah. Elemen mudah ini wujud apabila
penglihatan seseorang terhadap gambaran yang mudah difahami seperti gambaran
sepasang kasut diatas. Dengan adanya logo “Nike” di kiri gambar ianya telah
menunjukkan bahawa kasut tersebut berjenama “Nike”. Tulisan “LEBRON XVI” turut merujuk kepada jenis
kasut tersebut.
Elemen
: Mudah
Tema :
Fesyen
Huraian
: Penekanan dalam gambar tersebut ialah bersifat
mudah. Gambar tersebut memperlihatkan imej perempuan dan hanya tertumpu kepada kaum
wanita sahaja . Apabila diperlihatkan imej perempuan , automatik pemikiran kita
akan terjerumus kepada fesyen yang melibatkan wanita. Gambar tersebut sangatlah
mudah kerana boleh difahami sekali imbas sahaja melalui gambar tanpa perlu
membaca dengan teliti apa isi gambar tersebut kerana tiada kekeliruan sama
sekali kerana gambar itu
telah memberitahu segala isi yang ingin disampaikan kepada sesiapa sahaja yang
melihatnya. Mudah
difahami oleh pengguna jalan raya kerana boleh dikesan dengan kehadiran gambar
seorang wanita kerana mungkin sahaja tentang fesyen atau sebaliknya.
Elemen: Mudah
Tema: KLCC
pada waktu malam.
Rujukan:https://www.azhan.co/wp-content/uploads/2019/11/Photo-of-KLCC-Malaysia-700x394.jpg
Huraian:
Grafik di atas memberikan kefahaman yang mudah kepada individu yang melihatnya.
Individu akan mengetahui suasana di Menara Berkembar Petronas pada waktu malam
apabila melihat bahan grafik ini. Gambaran awal seperti rupa bentuk KLCC dan
suasana KLCC pada waktu malam menjadi mesej yang ingin disampaikan melalui
grafik di atas. Grafik ini juga menjadikan KLCC sebagai fokus utama yang turut
mempengaruhi pemahaman individu.
Elemen: Mudah
Tema: Haiwan
Rujukan: https://ashgive.com/gambar-zirafah/
Huraian: Foto ini menggambarkan dua ekor haiwan di hutan. Foto ini juga menggunakan elemen asas grafik mudah. Hal ini demikian kerana sesiapa sahaja yang melihat foto tersebut akan memahami bahawa foto ini ialah foto dua ekor zirafah di hutan. Disebabkan kemudahan untuk memahami foto ini, maka foto ini diletakkan di bawah elemen grafik mudah.
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Rujukkan
: https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Nasi_dibentuk_bulat.jpg
Huraian :
Elemen mudah difahami sebagai semua foto yang mudah
dilihat dan tanpa sebarang kekeliruan terhadap mesej yang
disampaikan. Seseorang yang melihat foto ini
akan memahami ini ialah nasi yang diletak di atas pinggan. Foto ini
memperlihatkan mesej yang sangat mudah difahami. Sekali pandang sahaja mereka
sudah boleh faham mesej yang hendak disampaikan.
Elemen : Mudah
Tema : Kereta
Rujukan : https://www.positivemedia.my/advertising-services/billboard/
Huraian : Papan iklan tersebut
mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu mudah. Bahan utama yang digunakan
dalam grafik, iaitu gambar kereta diletakkan di tengah papan
iklan. Pengguna dapat memahami mesej yang ingin disampaikan dengan
jelas dan mudah, iaitu iklan tentang kereta. Gambar kereta yang jelas tanpa
bahan lain berserta logo jenama di atas belah
kiri gambar telah menunjukkan mesej yang ringkas, mudah dan tidak akan mengelirukan
pengguna.
Elemen : Mudah
Tema : Pengiklanan
Rujukan :
Internet
Huraian :
Gambar di atas dapat dilihat dari kesemua lima elemen
asas tetapi elemen
mudah lebih terserlah. Ini disebabkan gambar tersebut mudah difahami
oleh sesiapa yang melihatnya. Mesej
yang ingin disampaikan juga jelas kerana ada disertakan dengan deskripsi jawatan, lokasi jawatan serta tarikh
tutup permohonan
dan ini memudahkan sesiapa yang ingin memohon jawatan.
Elemen : mudah
Tema : Gajet
Rujukan : https://www.google.com/search?q=handphone+iphone+&tbm
Huraian : Foto tersebut menunjukkan sebuah
telefon bimbit. Seseorang yang melihat
gambar tersebut akan mudah memahaminya kerana jenama yang sudah terkemuka. Oleh sebab
itu gambar tersebut hanya menunjukkan logo jenama
telefon bimbit itu.
Maka, gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik mudah.
B)GAMBAR SENDIRI
Elemen : Mudah
Rujukan : Nur Iffah Syakirah
binti Md Sham
Tema : haiwan
Huraian : Sekeping foto yang
menunjukkan seekor kucing sedang memerhati tuannya ketika gambarnya diambil.
Gambar ini kelihatan mudah untuk didefinisikan kerana gambaran tersebut mudah
difahami oleh seseorang. Gambar itu juga mudah dilihat sebagai satu mesej yang
dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Seseorang yang melihat gambar
tersebut akan faham bahawa gambar itu ialah seekor kucing yang sedang berehat
sambil memandang tepat pada kamera.
Elemen : Mudah
Tema : Bunga
Rujukan :
Fariesya Nabila binti Mat Noh
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen asas grafik mudah. Gambar di atas menunjukkan sejambak bunga yang berada di atas meja. Gambar tersebut jelas menunjukkan bahawa mesej yang ingin disampaikan ialah bunga. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan faham bahawa gambar itu ialah tentang sejambak bunga.
Elemen : Mudah
Tema :
Kereta
Rujukan : Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi
Huraian :
Elemen grafik yang utama yang terdapat dalam foto ini ialah elemen mudah.
Elemen mudah ini merupakan elemen yang mudah difahami tanpa kekeliruan. Foto di
atas menunjukkan sebuah rumah dan di halaman rumah tersebut mempunyai sebuah
kereta. Bagi seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu
ialah sebuah kereta yang berwarna biru.
Elemen
: Mudah
Tema :
Pelancongan
Rujukan
: Ellyliddia Bt Rolling
Huraian
: Penekanan di dalam gambar tersebut adalah
mudah. Gambar tersebut menunjukkan gambar ikan yang melambangkan bahawa kawasan tersebut kaya
dengan ikan jenis kelisa. Apabila
seseorang melihat gambar ini mereka akan lebih faham bahawa tempat tersebut
adalah kawasan pelancongan. Mereka akan
mudah mengetahui apa yang dilihat dengan jelas dan lebih tepat lagi tanpa
sebarang keraguan. Sekiranya
gambar tersebut dilihat
akan memudahkan kaki pancing untuk tahu dan datang ke tempat tersebut .
Elemen: Mudah
Tema:
Haiwan peliharaan
Rujukan: Salimah
Ahmad
Huraian:
Penglihatan individu akan berpusat kepada objek utama dalam grafik. Bahan
grafik memaparkan dua ekor kucing yang dapat memberikan kefahaman kepada
individu apakah yang ingin ditunjukkan di dalam gambar. Elemen mudah juga dapat
memaparkan ciri-ciri dan keadaan objek utama dalam grafik. Perkara ini sekali
gus mempengaruhi pemahaman kepada individu secara menyeluruh tentang apa yang
dipamerkan di dalam gambar.
Elemen: Mudah
Tema: Buah-buahan
Rujukan:
Adillah binti Anuar
Huraian: Ini
adalah salah satu contoh foto yang menggunakan elemen grafik mudah. Perkara ini
dapat dibuktikan dengan pemahaman yang jelas terhadap foto ini. Foto ini ialah
foto yang menunjukkan buah strawberi di dalam satu bekas lut sinar. Sesiapa
sahaja yang melihat foto ini pasti akan memahami foto ini dengan mudah.
Elemen : Mudah
Tema : Fesyen
Rujukkan
: Siti Nuratiqah Binti Rahmat
Huraian :
Pada foto ini juga dapat dilihat elemen mudah. Ini kerana mesej yang ingin disampaikan sangat mudah dan tidak
mengelirukan. Jika seseorang melihat foto ini sudah pasti mereka akan memahami
ini merupakan foto cermin mata berwarna hitam yang terletak di atas meja.
Kekeliruan akan berlaku jika di dalam foto tersebut
terdapat barang lain. Contohnya, pasu kecil yang diletak di
belakang cermin mata itu akan
menghilangkan fokus cermin mata sebagai
objek utama dalam foto.
Elemen : Mudah
Tema : Alam
Sekitar
Rujukan : Na Li Xian
Huraian : Gambar tersebut mengandungi
elemen asas grafik utama,
iaitu mudah. Gambar tersebut menunjukkan
seorang sedang mengutip sampah-sarap di
merata tempat. Bersertakan teks “Jaga Alam Sekitar Kita”
yang menjadi tajuk di tengah-tengah gambar tersebut dapat menyampaikan mesej
tanggungjawab jaga
alam sekitar dengan tepat, jelas dan mudah kepada pembaca.
Elemen : Mudah
Tema :
Pakaian
Rujukan : Dinesha
Samy
Huraian : Gambar di atas dapat
dikelaskan di bawah elemen mudah. Ini disebabkan perkataan yang digunakan jelas
dan mudah difahami. Mesej
yang ingin disampaikan juga bertetapan. Pembeli dapat lihat yang kedai tersebut ada promosi dan
secara tidak langsung ini dapat menarik pembeli untuk membeli pakaian di kedai tersebut.
Eleman : mudah
Tema :
Motosikal
Rujukan :
Nureedayu
Huraian : Gambar tersebut mengandung elemen asas grafik mudah. Ianya menunjukkan sebuah motosikal berwarna hitam. Elemen ini memberikan satu fahaman yang senang untuk difahami oleh semua orang. Oleh sebab itu, gambar ini mengandungi elemen asas grafik mudah.
Ketua elemen mudah: Siti Nuratiqah Binti Rahmat (202680)
Penolong: Nur Iffah Syakirah Binti Md Sham (202912)
No comments:
Post a Comment