BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESESUAIAN
A) Sumber Internet
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pantai
Rujukan: https://images.app.goo.gl/s6eWRyAufiQsfPTU8
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik kesesuaian.
Hal ini kerana, gambar di atas menggambarkan suasana di pantai yang mana
terdapat lima orang sedang menikmati suasana di persisiran pantai. Kelihatan
mereka yang gembira dan senang menikmati keadaan di pantai yang tenang dan
mendamaikan. Kelihatan langit yang berwarna jingga kemerahan menandakan suasana
waktu yang hampir senja.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pendidikan
Keterangan :Penekanan elemen
dalam gambar tersebut adalah kesesuaian.Latar belakang yang sesuai
menunjukkan tema yang ingin disampaikan iaitu setiap manusia mestilah mempunyai
ilmu pengetahuan supaya dapat menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan. Latar
yang diletakkan seperti gambar imej buku dan sebagainya yang melibatkan perkara
yang dipelajari di sekolah. Penggunaan garisan yang berjalur mampu
memperlihatkan bahawa perjalanan masih jauh lagi, banyak pengalaman yang mesti
kita belajar dan di gapai terlebih
dahulu .Gambar seorang lelaki yang memakai beg sekolah menunjukkan semangat
budak lelaki tersebut untuk menimba ilmu pengetahuan . Gambar tersebut
sangatlah susuai kerana penggunaan latar yang tepat dan jelas mampu
meningkatkan kefahaman apabila melihat gambar tersebut.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Suasana Pada Malam Raya
Rujukan: https://www.hmetro.com.my/minda/dialoka/2017/06/239896/seronok-sambut-hari-raya-ketika-cuti-panjang
Keterangan: Foto ini mempunyai elemen kesuaian kerana latar
belakang, situasi orang sekeliling dan waktu yang diperlihatkan sangat menepati
antara satu sama lain. Foto ini berlatar belakangkan sebuah rumah yang dihiasi
lampu kelip-kelip yang berwarna-warni dan pelita api. Ditambah pula dengan
watak kanak-kanak dan ibu bapa sedang bermain bunga api. Walaupun tidak berbaju tradisional melayu
kita masih dapat menangkap imej tersebut ingin menyampaikan mesej suasana di
malam hari raya.
Elemen : Kesesuaian
Rujukan: http://qairinatailoring.blogspot.com/2020/08/suasana-di-kampung.html
Tema : Suasana di kampung
Huraian : Gambar seorang emak dan dua orang anaknya sedang menikmati
suasana di kampungya. Mereka mengambil gambar di tengah jalan raya dan dihiasi
dengan sawah di kiri dan kanan mereka. Kelihatan matahari mulai terbenam
menunjukkan suasana pada waktu petang. Dalam elemen ini, grafik sangat
bersesuaian dengan latar tempat, latar masa dan latar watak.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Kampung
Rujukan : https://najwastory.com/2020/03/09/tempat-viral-instagrammable-kg-agong-penaga/
Huraian : Foto kanak-kanak sedang berjalan di kampung. Suasana kampung yang amat mendamaikan. Suasana petang di kampung sangatlah damai. Tiupan angin ditunjukkan pada daun pokok kelapa. Maka, gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik kesesuaian.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Nutrisi
Huraian : Papan iklan tersebut mengandungi elemen asas grafik
utama, iaitu kesesuaian. Papan iklan tersebut menyampaikan mesej tentang produk
mininum berkhasiat yang khususnya untuk golongan warga emas, iaitu yang berumur
60 tahun ke atas. Gambar watak lelaki yang berambut putih dan kelihatan berusia
60 lebih digunakan dalam papan iklan tersebut bersesuaian dengan mesej yang
ingin disampaikan. Dengan ini, dikatakan bahawa papan iklan tersebut merupakan
grafik yang bersesuaian dengan latar watak dan latar belakang.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Perayaan
Huraian: Grafik yang digunakan bersesuaian dengan latar yang
terdapat di dalam foto tersebut. Latar masa, latar tempat dan latar watak di
dalam foto itu berkait antara satu sama lain. Latar tempat di dalam foto itu
adalah di luar rumah, latar masa pula pada waktu malam dan latar wataknya,
terdapat empat orang yang sedang bergembira bermain bunga api bersama. Maka
jelaslah bahawa foto itu mengandungi elemen asas grafik kesesuaian.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Solat Berjemaah
Rujukan: https://iluminasi.com/img/upload/iluminasi-sejarah-hari-raya4-279.jpg
Huraian: Elemen kesesuaian ditunjukkan melalui kesesuaian bahan grafik dengan latar. Latar terbahagi kepada tiga latar iaitu latar tempat, latar masa dan latar watak. Gambar di atas menunjukkan jemaah yang sedang menunaikan solat di sebuah masjid. Watak dalam gambar menunjukkan kesesuaian dan berkaitan antara satu dengan yang lain yang menunjukkan keadaan yang ingin difokuskan.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Kampung Halamanku
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen grafik yang utama iaitu
elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian ini didefinisikan sebagai grafik yang
bersesuaian dengan latar seperti latar tempat yang terdapat dalam gambar di atas.
Foto di atas merujuk kepada sebuah kampung dan terdapat seorang lelaki sedang
menunggang motosikal. Keadaan langit yang hampir gelap jelas kelihatan pada
waktu senja dan dihiasi dengan warna hijau padang rumput di sebelah bawah foto.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Alam Sekitar
Huraian : Gambar di atas melibatkan kesemua lima aspek grafik namun demikian aspek kesesuaian lebih
menyerlah. Ini dapat dilihat melalui latar tempat,latar masa dan watak yang
sesuai. Gambar di atas memberi gambaran berkenaan dengan tema “Go Green” dan
bagaimana kita boleh melaksanakan “Go Green” tersebut. Ada juga watak yang
menunjukkan aksi membuang sampah yang jelas menunjukkan cara untuk melaksanakan
“Go Green” tersebut. Grafik-grafik dalam gambar di atas juga bersesuaian dengan
tema “ Go Green”.
B) Sumber Sendiri
Elemen: Kesesuaian
Tema: Perkahwinan
Rujukan: Fariesya Nabila binti Mat Noh
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik yang utama
iaitu elemen kesesuaian. Gambar di atas menunjukkan gambar pasangan pengantin
yang melakukan sesi pemotretan luaran. Langit di belakang yang kelihatan luas
kebiruan menandakan suasana dalam gambar tersebut ialah pada waktu petang.
Latar tempat, latar masa dan juga latar watak menunjukkan bahawa gambar di atas
mempunyai elemen kesesuaian.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Semasa majlis anugerah
Rujukan: Ellyliddia Bt Rolling
Keterangan: Penekanan yang ada di dalam gambar tersebut adalah
tentang kesesuaian. Gambar tersebut sedang menunjukkan pelajar-pelajar yang
baru tamat persekolahan serta pelajar
tersebut juga memakai jubah . Ini menunjukkan bahawa gambar tersebut adalah semasa
hari penyampaian anugerah . Latar belakang yang sesuai digunakan iaitu di dalam
dewan dan kelihatan mereka sangat gembira semasa majlis tersebut berjalan
dengan lancar. Kesesuaian latar yang menyebabkan timbul suasana yang harmoni dan
berkaitan antara satu sama lain.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Beriadah di tepi pantai
Rujukan: Siti Nuratiqah Binti Rahmat
Keterangan: Elemen kesesuaian dapat dilihat di dalam gambar ini
kerana watak, masa, dan latar belakang berhubung kait. Foto yang memaparkan
latar belakang laut, langit yang berwarna biru serta watak yang sedang beriadah
atau bermandi-manda di situ. Dari foto ini
sudah cukup jelas memperlihatkan suasana yang sepatutnya apabila berada
di pantai. Malahan waktu yang diperlihatkan juga sesuai dengan aktiviti utama
yang kita lakukan di pantai.
Elemen : Kesesuaian
Rujukan : Nur Iffah Syakirah Binti Md Sham
Tema : Pulau
Huraian : Sekeping gambar menunjukkan seorang wanita kelihatan
gembira mandi di sebuah pulau. Kelihatan pemandangan yang indah dengan cuaca
yang redup. Pemandangan di belakang mencantikkan lagi gambar tersebut. Grafik
ini bersesuaian kerana adanya latar tempat iaitu di Pulau Mabul, latar masa
iaitu pada waktu petang dan latar watak iaitu seorang wanita.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pusat kuarantin
Rujukan : Nureedayu Zapuri
Huraian : Foto tersebut menunjukkan suasana di tempat kuarantin.
Kelihatan banyak aktiviti sendiri yang sedang dilakukan oleh pesakit. Terdapat juga keadaan suasana awal malam di
pusat kuarantin. Maka foto ini menunjukkan adanya elemen kesesuaian.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Ilmu pengetahuan
Rujukan : NA LI XIAN 203932
Huraian : Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama,
iaitu kesesuaian. Gambar tersebut menyampaikan mesej tentang suatu pameran buku
yang akan diadakan di Sunway Pyramid. Bahan gambar setumpuk buku yang berada di
hujung kanan berkait rapat dan
bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan. Dengan ini, dikatakan bahawa
gambar tersebut merupakan grafik yang bersesuaian dengan latar belakangnya.
Pada masa yang sama, warna teks dan latar belakang yang digunakan adalah
sesuai.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pengangkutan Awam
Rujukan: Adillah binti Anuar
Huraian: Foto orang yang sedang berada di dalam pengangkutan awam
ini sangat sesuai dengan latar masa dan latar tempat yang ada. Setiap orang
tidak menghiraukan hal orang lain dan hanya menumpukan dengan diri
masing-masing. Begitulah keadaan yang sering kali terjadi apabila menggunakan
pengangkutan awam. Foto ini mengandungi elemen asas grafik kesesuaian.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Muzium Kota Kuala Kedah.
Rujukan: Salimah Ahmad
Huraian: Grafik di atas menunjukkan elemen kesesuaian. Foto ini
menunjukkan fokus utama iaitu tembok dan rumah api lama yang bersesuaian dengan
persekitaran muzium. Kedua-dua benda dalam grafik mempunyai ciri yang
menunjukkan fungsi kesejarahan masing-masing. Oleh itu, jelas menunjukkan bahan
grafik ini bersesuaian dengan latar tempat.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Persahabatan
Rujukan : Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi
Huraian : Gambar ini mempunyai elemen grafik yang umum iaitu elemen
kesesuaian. Elemen kesesuaian ini merujuk pada latar tempat, latar masa dan
latar watak dalam sesuatu foto. Foto ini kelihatan empat orang kanak-kanak
sedang bermain permainan tradisional iaitu tarik upih pinang di kawasan lapang
sebuah kampung. Langit membiru menunjukkan suasana pada waktu petang. Terdapat
tulisan di bawah foto tersebut yang menunjukkan “Persahabatan” antara mereka.
Ketua elemen kesesuaian : Adillah Binti Anuar (204098)
Penolong : Fariesya Nabila binti Mat Noh (203918)
No comments:
Post a Comment