BBM3410-2021-ASAS
GRAFIK-KESEIMBANGAN
A) SUMBER INTERNET
Elemen:
Keseimbangan
Tema: Ruang
Makan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/ZG9ktvsjrfH5wFCt6
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu
keseimbangan. Ruang di kiri dan kanan gambar tersebut menunjukkan keseimbangan.
Di bahagian kanan dan kiri gambar mempunyai dua buah kerusi yang tersusun elok,
manakala di bahagian atas gambar itu pula mempunyai dua buah bingkai gambar
haiwan iaitu rusa kutub yang menyerlahkan lagi gambar tersebut. Susun atur yang
ada dalam gambar tersebut menyerlahkan lagi keseimbangan pada gambar itu.
Elemen:
Keseimbangan
Tema: Sawah
Padi
Rujukan: https://www.dreamstime.com/pemandangan-alam-beautiful-natural-scenery-image152617961
Huraian: Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto iaitu ruangan kiri, kanan, bawah dan atas. Ruangan kiri terdapat gunung dan di sebelah kanan pula terdapat beberapa pokok yang seimbang dengan rumah kampung. Di sebelah atas pula diperlihatkan dengan awan yang kebiruan dan di bawah foto terdapat sawah padi yang luas dan menghijau. Jadi, foto ini seimbang kerana telah dipenuhi dengan pokok, padi, langit, gunung dan rumah kampung.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Muzium Darul Ridzuan Ipoh
Huraian: Elemen grafik yang paling ketara dalam
gambar di atas ialah elemen keseimbangan. Elemen keseimbangan dalam grafik di
atas jelas menunjukkan ruang yang seimbang di sebelah kiri dan kanan gambar.
Kelihatan dua buah kolam di hadapan muzium ini dan di sebelah kiri dan kanannya
mempunyai ruang yang luas. Dengan adanya rumput-rumput menghijau, warna
bangunan muzium yang sesuai dan latar belakang foto yang biru telah mewujudkan
lagi elemen keseimbangan dalam foto tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pendidikan
Huraian: Pemberatan elemen
yang dapat dilihat di papan iklan tersebut adalah dari segi keseimbangan. Ruang
yang digunakan di dalam papan iklan ini boleh dikatakan nampak stabil kerana
meletakkan item gambar manusia yang disusun memanjang dan berada di bahagian
bawah papan iklan. Item yang diletakkan membolehkan orang ramai melihat bahawa
papan iklan tersebut ingin menyampaikan mesej yang penting kepada orang ramai
tentang isu COVID-19 yang panas di negara kita yang telah meragut nyawa ramai
orang.
Ruang di atas
pula tidaklah begitu berat sekiranya dipandang kerana di bahagian kiri papan
iklan tersebut diletakkan pula foto bagaimana untuk menjaga kesihatan diri
sepanjang COVID-19. Foto yang berbentuk bulat diletakkan supaya nampak lebih
seimbang dan tidak begitu besar. Perkara
ini dapat mewujudkan suasana yang harmoni apabila dipandang. Ruang di atas
sebelah kanan papan iklan pula diletakkan tulisan sahaja tanpa memberatkan
fokus utama papan iklan tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Rujukan: https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kuala-lumpur/
Tema: Pemandangan Menara Berkembar (KLCC)
Huraian: Ruang di sebelah kiri
terdapat pokok-pokok tinggi yang seimbang dengan bangunan KLCC. Di sebelah atas
pula terdapat langit yang luas berwarna biru. Manakala, di sebelah bawah pula
terdapat rumput hijau di sekeliling tasik. Maka, gambar tersebut memperlihatkan
ketinggian pokok-pokok seimbang dengan ketinggian bangunan. Langit yang luas berwarna
biru seimbang dengan rumput-rumput yang berwarna hijau.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Banner Makanan
Rujukan: https://id.postermywall.com/index.php/posterbuilder/copy/543a83cbc11bf6bb9a048c606064e766
Huraian: Grafik
di atas menunjukkan elemen asas grafik keseimbangan yang wujud melalui ruang di
kiri dan kanan grafik yang mempunyai saiz sama. Keseimbangan juga berlaku
dengan penggunaan ruang berwarna merah di atas dan di bawah bahan grafik. Mesej
dalam grafik dapat difokuskan di bahagian tengah bahan grafik menyebabkan
grafik yang dihasilkan nampak seimbang. Selain itu, penggunaan gambar yang
berbentuk bulat dan saiz yang seragam antara kedua-duanya di bahagian kiri dan di
bahagian kanan grafik juga mempengaruhi elemen keseimbangan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Papan iklan ini mempunyai elemen grafik keseimbangan. Hal
ini demikian kerana penggunaan ruangnya seimbang antara satu sama lain.
Penggunaan teks di ruang sebelah kiri diimbangi dengan penggunaan gambar maggi
di sebelah kanan. Ruang di atas dan di bawah juga digunakan dengan sebaik
mungkin iaitu dengan meletakkan logo syarikat supaya tidak ada ruang yang
kelihatan kosong.
Tema: Suasana Tempat
Rujukan: https://www.lonelyplanet.com/malaysia/malaysian-borneo-sabah/sungai-kinabatangan
Huraian: Gambar tersebut jelas menunjukkan elemen keseimbangan.
Ruang di sebelah kiri dan kanan gambar dipenuhi dengan pokok. Hujung perahu
tersebut berada di tengah juga turut menunjukkan keseimbangan. Di sebelah atas
pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di bawah menunjukkan air
sungai. Air sungai tersebut seimbang dengan langit yang berwarna biru.
Elemen:
Keseimbangan
Tema: Produk
Penjagaan Rambut
Huraian: Gambar di atas menunjukkan kesemua lima aspek grafik
tetapi aspek keseimbangan lebih menyerlah. Aspek keseimbangan ini dapat dilihat
melalui ruang dalam gambar tersebut iaitu ruang di atas dan di bawah serta kiri
dan kanan gambar. Penggunaan ruang tidak terlalu menumpu pada sesuatu bahagian
sahaja. Syampu diletakkan di sebelah kanan gambar manakala tulisan pula
diletakkan di sebelah kiri gambar.
Elemen:
Keseimbangan
Tema: Inovasi
Huraian: Papan iklan tersebut mengandungi
elemen asas grafik utama iaitu keseimbangan. Terdapat ruang kosong di sebelah kiri
dan kanan yang ingin disampaikan, iaitu telefon bimbit. Ruang kosong tersebut
dapat menimbulkan keseimbangan pada papan iklan tersebut kerana nisbah ruang
kosong dengan gambar telefon bimbit adalah sama. Papan iklan kelihatan tidak
penuh dan padat dengan mesej yang ingin disampaikan. Keadaan ini dapat
memudahkan pengguna untuk melihat dan membaca maklumat yang terdapat pada papan
iklan tersebut.
B) SUMBER SENDIRI
Tema: Sinaran Matahari
Rujukan: Fariesya Nabila binti Mat Noh
Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen
asas grafik iaitu keseimbangan. Gambar di atas mempunyai elemen keseimbangan
kerana di bahagian kiri gambar terdapat sebuah rumah batu yang seimbang dengan
bahagian kiri gambar yang mempunyai bangsal kecil. Di bahagian atas gambar pula
menunjukkan langit luas yang kebiruan seimbang dengan bahagian bawah yang
menunjukkan sedikit rumput yang kehijauan. Kesemua faktor tersebut memainkan
peranan untuk menjadikan gambar tersebut kelihatan seimbang.
Elemen:
Keseimbangan
Tema: Pantai
Rujukan: Siti
Nuratiqah binti Rahmat
Huraian: Dalam foto ini juga terdapat keseimbangan kerana di
sebelah kiri dan kanan telah dipenuhi dengan pokok. Di bahagian atas pula
terdapat langit biru yang sangat luas dan seimbang dengan air laut. Manakala di
bawah terdapat pasir pantai yang luas dan seimbang dengan pokok. Kesinambungan
antara awan dan pokok telah membuatkan gambar ini nampak penuh tetapi tidak
terlalu sarat kerana masih mempunyai ruang pada foto tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan di pantai
Rujukan: Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi
Huraian: Gambar di atas merujuk kepada elemen
grafik keseimbangan. Elemen grafik keseimbangan mempunyai ruang kiri, kanan,
atas dan bawah yang seimbang mengikut pemberat sesebuah foto. Misalnya, di
ruang sebelah kiri foto mempunyai sebuah buaian dan di sebelah kanan foto juga
terdapat sebuah buaian. Ini telah mewujudkan sebuah foto yang seimbang.
Terdapat juga awan yang luas berwarna biru dan seimbang dengan pasir pantai
yang ada di ruang bawah foto tersebut.
Tema: Pemandangan
Rujukan: Ellyliddia Bt Rolling
Huraian: Penekanan
yang dapat dilihat dalam gambar ini adalah keseimbangan. Ruang di sebelah kiri
dan kanan memperlihatkan sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul menikmati
suasana petang. Cahaya matahari yang hampir tenggelam berada pada tengah-tengah
gambar dapat memperlihatkan bahawa suasana akan menjadi malam tidak lama lagi.
Ruang dari atas ke bawah juga digunakan dengan sebaik mungkin kerana ruang di
bawah memperlihatkan pasir yang mendatar dan kemudian ruang di atas pula
memperlihatkan awan yang tebal. Gambar tersebut mempunyai keseimbangan yang
sangat jelas.
Elemen: Keseimbangan
Rujukan:
Nur Iffah Syakirah binti Md Sham
Tema:
Seimbang
Huraian:
Ruang di sebelah kiri terdapat dua buah bangunan bertingkat disertai dengan
lebuh raya yang memenuhi gambar tersebut. Di sebelah atas terdapat awan yang
luas berwarna biru. Manakala, di sebelah bawah terdapat 4 orang kanak-kanak
mengenakan pakaian seragam berwarna kuning menaikkan lagi keseimbangan pada
gambar tersebut. Maka, gambar tersebut kelihatan seimbang dengan adanya grafik
yang memenuhi di setiap ruang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Sawah Padi
Rujukan: Salimah Ahmad
Huraian: Grafik di atas menunjukkan elemen keseimbangan melalui ruang di atas dan di bawah grafik. Ruang di bahagian atas gambar menunjukkan langit manakala ruang di bahagian bawah memaparkan pantulan langit di permukaan sawah padi menjadikan gambar ini mempunyai elemen asas keseimbangan. Di kiri dan di kanan gambar juga memperlihatkan adanya daun-daun dan pokok yang juga mewujudkan elemen keseimbangan. Keseluruhan gambar dapat menyampaikan maksud dengan baik apabila dilihat oleh individu.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Ketenangan
Rujukan: Adillah binti Anuar
Huraian: Ruang yang ada di dalam gambar ini telah diimbangi dengan
sebaik mungkin. Ruang di sebelah kiri terdapat beberapa pokok begitu juga di
sebelah kanan gambar. Di sebelah atas gambar juga mempunyai beberapa dahan dan
bumbung yang telah diimbangi dengan orang yang sedang meniti jambatan di ruang
sebelah bawah gambar. Maka, jelaslah bahawa gambar ini mengandungi elemen asas
grafik keseimbangan.
Tema: Keindahan
Alam
Rujukan:
Nureedayu
Huraian: Gambar tersebut menunjukkan elemen keseimbangan yang ditunjukkan melalui langit yang luas, sebatang sungai dan rumput-rumput di tepi sungai. Penggunaan ruang antara langit di bahagian atas gambar dan sungai di bahagian bawah gambar mewujudkan elemen keseimbangan antara kedua-duanya. Di ruang kiri dan kanan gambar, terdapat rumput-rumput di tepi sungai. Keadaan ini juga menunjukkan adanya elemen keseimbangan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alat
Telekomunikasi
Rujukan:
Dinesha Samy
Huraian: Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah elemen keseimbangan. Perkara
ini disebabkan oleh ruang di antara atas dan bawah serta kiri dan kanan adalah
seimbang dan tidak memberat pada satu bahagian sahaja. Bahagian atas merangkumi
teks. Bahagian bawah adalah gambar telefon bimbit. Penggunaan ruang kosong di
kiri dan kanan bahan grafik juga berperanan untuk menunjukkan keseimbangan.
Elemen:
Keseimbangan
Tema:
Kreativiti
Rujukan: Na Li
Xian
Huraian: Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama,
iaitu keseimbangan. Gambar baju dan teks berkaitan mengisi ruang yang sama
nisbah, iaitu 50:50 iaitu teks berada di ruang kiri dan gambar baju berada di
ruang kanan. Keadaan ini dapat mewujudkan keseimbangan dalam gambar tersebut.
Selain itu, terdapat ruang kosong antara tajuk besar “Print Baju, Lagi banyak,
Lagi Murah!” dan nombor telefon yang menyumbang kepada elemen keseimbangan
gambar. Pembaca juga dapat melihat dan membaca mesej dengan jelas.
Ketua elemen keseimbangan : Salimah Binti Ahmad @ Noor (201844)
Penolong : Ellyliddia Bt Rolling (201808)
No comments:
Post a Comment